Money Jars

Showing posts with label Suka Hati Aku La. Show all posts
Showing posts with label Suka Hati Aku La. Show all posts

23 Nov 2015

Ada orang kisah ka ????

Just Ms. Saranghae 0 comments


"hellooooooooooo, i am back" ...................  kalau anak aku sudah besar, then dia pigi sekolah, then dia balik dari sekolah dan cakap hello, i'm back , mommy .... i'm back , so mesti aku kisah lor ... anak aku kan, mesti mau kisah woooo ..... tu cukup bagus sudah tu, balik dari sekolah atau jenjalan, dia pandai bagitau yang dia sudah pulang ...

kalau dia masuk rumah diam diam, then time tu korang cuma nampak bayang2 someone ada dlm rumah, kang kau ingat orang asing, ndak pasal2 kau ambil penyapu dan ketuk belakang dia ... kalau ketuk biasa2 , selamat wei ... kalau ketuk sekuat jiwa raga, kang naya nnt ....

eh eh , tiba2 pula kecoh buat entry 'hello, i'm back" ni, apasal eh????? hehehehe, just mau info la,  aku balik tulis blog ... blog suka hati aku, so aku tulis kamu baca ja la ok, layan entry suka suka aku ... kalau rasa bangang baca entry aku, korang senyum senyum gembira kan hati sendiri la ...

sebelum tu, adab masuk rumah

1- bagi salam " assalamualaikum " eh, bukan cakap helllllllloooooooooo, i am back ....ni yg utk muslim mcm kita, kalau yang non tu, bagi salam ikut cara korang la ya, aku not so sure salam korang mcm mana ...

2- kalau 3x salam tidak berjawab, korang baliklah rumah sendiri ... tapi kalau tu rumah korang, sila lah masuk dengan hormatnya ...

3- kalau ada mak, sila masuk rumah, dan cari mak korang terlebih dahulu .... mesti ma, itu tanda kita hormat dan sayang mak kan ... tanya la "mak , apa khabar?" , mesti mau jaga hati mak woooo ...

ok, i am back ...nextime, kita stori lagi ... salam semua.


11 Sept 2013

Petrol / Diesel Naik Lagi : Cikgu Aku Memang Bijak Buat Perbandingan Harga!

Just Ms. Saranghae 0 comments

hermmmm, urrrmmmmmmmm.... bukan mau mengeluh, tapi sekadar gatal tekak .... jadi tengah nak betulkan posisi tekak yang gila2 gatal since last nite ....

hokey, terus jer la ke tajuk blog : Petrol / Diesel Naik Lagi .... kalau 5 tahun dulu petrol naik after few months pilihanraya, ni pun sama juga kan, naik lagi, dan naik dan naik . . . . bila nak turun , tu mmg dalam mimpi ja la kot!

cikgu aku ckp sila comparekan harga minyak dgn singapura dan filipin, harga minya kita CUKUPPPPPPPPPPPP sgt MURAHHHHHHHHHHHH ..... tapi aku cakap kat cikgu aku, tu PERBANDINGAM tak MUNASABAH ........ cikgu aku bengang dapat murid BODOH mcm aku, so dia tanya kenapa tak munasabah ????

eh eh cikgu aku ni, kot kot dia lupa TEORI PERBANDINGAN, so suka2 ja dia mau buat perbandingan antara MALAYSIA negara pengeluar minyak, dengan FILIPIN dan SINGAPUR negara bukan pengeluar minyak ....so, aku ni kan lurus bendul, so aku bgtau la cikgu aku kalau nak buat perbandingan, kenalah dgn yang SETARA DENGANNYA .... MALAYSIA dengan BRUNEI, what say you my dear teacher? harga minyak di BRUNEI jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat MURAH berbanding MALAYSIA ..... mcm ni , baru lah MUNASABAH nak buat perbandingan ....

dan cikgu aku lupa, yang lima tahun dulu dia janji takkan bagi aku gagal dalam mata pelajaran BM, tapi lepas lima tahun, sekali lagi dia gagalkan aku ! hai cikgu, sunggu janji haprak betul cikgu ni .... asyik menipu murid jerrrrr ..... teringat pula lima tahun yang lepas janji HARGA MINYAK TAKKAN NAIK, tapi naik juga, then hari tu dilaung2kan sekali lagi KITA TAKKAN NAIKKAN HARGA MINYAK, tapi naik juga ....

lepas ni cikgu, kalau kau nak berjanji, aku yang sekadar murid biasa nak minta cikgu berjanji siap siap buat kontrak dokumen bertandatangan dan bersaksi .... PENAT dah jadi murid cikgu sepanjang hayat, sekali sekala nak la juga merasa dapat tukar cikgu baru ...

p/s: jeles dengan amerika, yang hanya membenarkan presiden yang sama menjadi ketua negara selama dua penggal berturut2! mcm ni baru lah best, sekali sekala dapat merasa perubahan kan kan kan ...

cikgu, bila nak letak jawatan?


lepas ni, aku tak heran kalau ramai yang bankrup akibat kadar kenaikan minyak!

24 Jul 2013

Bila Ashraf Muslim Berbicara

Just Ms. Saranghae 0 comments


wan sakinah bagi hint2 dia ada 'click' dgn ashraf,

kemudian ashraf cakap "cuma dayana saja isteri saya buat masa ini"

sekarang, ashraf dan wan sakinah telah sah bernikah di Bangkok, dihadiri bersama parents perempuan dan sebilangan kecil keluarga kedua-dua belah pihak pada 7.7.13 ytang lalu....

firstly, tahniah kerana mendirikan masjid, semoga kekal ke akhir hayat.

secondly, tertanya2 is it right ashraf kawin kali kedua kerana perkahwinan pertama belum dikurniakan zuriat???? so reasons nak kawin lagi is because berharap can get zuriat??? mcm tu eh??? 

so if the 2nd marriage, still tak da zuriat, how??? itu bukan hak aku nak tanya kan, bukan hak kita nak nilai, tu semua urusan yang maha kuasa ....

nak kawin dua, tiga dan empat, kalau mampu dan ada persepakatan bersama , itu hak masing-masing, mrs. dizzy tak nak komen banyak2...tapi artis oh artis, mmg dah mcm ni la kan artis malaysia ni, tahap nak berterus terang tu mmg belum sampai satu level yang boleh dikatakan PROFESIONAL . . .

tapi kalau bab2 nak menafikan , mmg #1 punya lah.... tak bergoyang pokok cik oiiii kalau tak da angin, unless kau yang goyang2kan sendiri pokok tu...

kan senang kalau ngaku jer ...."yes, aku dan wan sakinah memang saling mencintai, dan dayana masih isteri saya", tak pun "ya, aku dan wan sakinah bercadang untuk berkawin buat masa terdekat, so pls no futher speculation, just wait and see" ...

sentap  semua orang kan! 


20 Jul 2013

Teori Politakus

Just Ms. Saranghae 0 comments



hari ni aku teda mood nak buat kerja, so elok aku update blog aku yang dah agak byk spider web coz tak update2 kan.....

tetiba aku nak ckp pasal teori politakus. . . .lebih kurang lah dgn teori politikus ... cuma bezanya, teori politakus ni berada pada skala yang sangat kecil, tapi masalahnya teori ni sangat ramai yang guna... kalau teori politikus pula, tu org2 politician jer yang guna hokey, skala besar tapi cuma selected orang jer yang boleh guna pakai!

so apa tu teori politakus? 

jom susuri keadaan kehidupan kita seharian.

kes A 

cik minah mulut tempayan jiran engkau sebelah rumah tu dtg2 rumah ja, nampak lantai rumah tak licin, mulalah dia cakap ...eh eh , kasarnya lantai rumah awak, langsung tak mulus mcm lantai rumah aku...nak tau rahsia lantai rumah licin, senang jerrr, guna lah pembersih lantai cap tikus putih, dijamin berkilat! ....

hah, ambik engkau! dapat jiran mcm ni kan .... dtg2 rumah tak bagi salam, trus memandai pula nak bagi nasihat ttg kehalusan lantai rumah... tapi cik minah ni lupa, lantai rumah dia guna tiles jenama white horse kan, sure la licin berkilat, lantai rumah kau pula setakat papan tak diketam licin, sure la kasar kan....

kes B

ni housemate yang gila dengan produk nak putihkan kulit... ok fine, kau nak kulit kau putih melepak mcm michael jackson, suka hati kau la kan... letak lah bebanyak segala jenis produk, ada aku nak kesah??? tak kesah langsung ....

eh lee ai lin, kulit awak ni kusam la sesangat, tengok mcm kulit aku, putih gebu tau... si ai lin ni mls nak layan housemate dia yang obses dgn produk keputihan, so si ai lin pun dgn secara jujurnya cakap .... oh ya ke patema, kena pakai semua produk ni baru putih eh???? kau ja la yang pakai ok, bagi putih semua kulit tu, aku rasa aku dah cukup putih la ...

tapi si patema ni nak juga si lee ai lin ni try produk tu, so dia tak putus asa nak pujuk kawan cina dia ni guna produk memutihkan wajah .... ai lin, you tengok I beli cream muka cap pelangi ni, kulit I dah start cerah2 tau ... ai lin dah naik bengang kan, so dia ckp tanpa lapik "patema, kulit I ni mmg semulajadi putih, dah nama I pun lee ai lin, ada paham ke tak? you to mix negro, so kalau nak putih sangat daripada you membazir beli produk2 semua ni, baik you buat pembedahan putihkan kulit muka, mcm michael jeksen tu" ....

ni kes budak kulit gelap tak sedar diri nak suruh budak yang sediakala dah putih melepak suruh putihkan muka....

kes C

"eh eh ajira, bayi kamu ni susah sangat mau tidur kan, bagus kamu ayunkan, guna ayunan tu", ni tegur si munah kepada isteri adik sepupu dia .... tapi bagi ajira, membuaikan buyi tu tidak berapa selamat, jadi dia tak nak buaikan anak dia... "it's ok la kak munah, baby ni mmg mcm ni, susah mau ditidurkan, kena urut2 kaki dia, baru dia mau tidur"... tapi si munah ni rasa mcm tak puas hati la kan pasal idea dia tidak diterima pakai....

"kamu ni ajira, baru beranak satu, akak ni dah sepuluh anak tau, semua anak kakak senang jer nak kasi tidur, masuk buai , ayun2kan kejap dah lena tau"....

"tu anak2 kakak kot, tapi my baby ni tak suka dibuai2kan, tak lena dia tidur...dia lagi suka di urut2 kaki, then cepat jer dia tidur...tidur pula just letak atas tilam, tap perlu nak buai2..." jawab si ajira...

"alah bikin penat ja kau urut2 baby kau tu, makan masa mau urut2 ni, buai la bagus, cepat jer baby boleh lena", tambah kak munah lagi

si ajira ni dah mula sakit telinga ..." tu cara akak nak tidurkan anak akak, nak ayun ker, nak lambung ker, suka hati akak la ya.... cara saya lain... tak semua baby suka kena buai, dan tak semua baby suka kena urut untuk ditidurkan... cara kita masing2 la ok..."

.........................................

so get what i tried to tell you about teori politakus?
dapat? tak dapat?

mcm ni lah, teori politakus ni kan kdg2 orang2 sekeliling kita tak senang hati tengok cara kita buat kerja, ada jer la yang tak kena....yang betul semua cara dorang...kadang2 kita ni boleh tertekan dgn hal2 yang mcm ni kan...apatah lagi kalau orang2 sekeliling tu ada hubungan rapat dgn kita, asyik2 nak dia jer yang betul...mcm la dia tu pandai sangat kan...ermmmm, ya la tu, pandai la sangat dgn teori politakus bodoh dia tu!!!!

so, kalau ada orang2 mcm ni sekeliling korang, senang jer...biarkan dia bercakap, suka hati la dia nak cakap kan, tapi korang kalau tak suka, JANGAN IKUT apa yang dia cakap...

kalau dia cakap minum susu tak baik untuk tulang, tu mungkin untuk dia je la kan, korang kalau nak minum susu untuk menjaga pembentukan tulang, ada aku kesah! aku minum je la kan...

kalau dia cakap anak yang darjah lima tu kau bodoh tak pandai buat matematik, biarkan dia ... mungkin anak dia pandai tahap gaban buat matematik darjah lima, tapi dia lupa anak kau lebih bijak buat duit daripada anak dia ... !

kalau jumpa orang2 mcm ni yang suka guna teori politakus, senang jer... tak perlu nak debate2 dgn dia, biarkan dia bercakap byk... lagi byk dia bercakap, lagi naik tahap kebodohan dia ... dan kita yang bijak pandai ni, lebih elok berdiam diri... diam tak semestinya bodoh kan... kalau kita bodoh pun, at least kita diam, so org tak tau kita bodoh.... eh, mcm tu eh?

26 Jun 2013

Escape School Seperti Ferris Bueller

Just Ms. Saranghae 0 comments
Siapa pernah tengok cerita ferris bueller's day out? Recently ada main kat hbo kalau tak silap... Ni filem dah lama dah, cerita tahun 1986 tapi still aku suka...

Ni cerita feris bueller,  seorang pelajar senior sekolah tinggi,  berniat untuk escape sekolah semata-mata mau 'berpoya-poya' dengan gf dia,  sloane peterson dan kawan baik dia,  cameron frye.. Misinya berjaya memperdayakan his dean of student,  his parents and his sister untuk bersiar-siar di bandar besar,  chicago..... 

Korang pernah tak ponteng sekolah time dulu dulu??? Crita ferris bueller's day out ni buat aku teringat time muda2 dulu,  ada hati nak ponteng sekolah tanpa pengetahuan parents... Huhu,  kalaulah parents tau aku ponteng sekolah,  habis kena sebat oleh rotan! 

Dulu dulu thrill ponteng sekolah tak sama dgn zaman sekarang kot... Dulu dulu kita pakat dgn kawan2 ponteng sekolah jumpa kat port biasa.. siap bgtau jam brapa nak jumpa n pleaseeee be punctual ok... **kitaorg mana ada telefon bimbit mcm jaman sekarang nieee**1000x jeles dgn bebudak sekarang... 

Kalau ferris bueller pusing2 chicago,  kitaorang tak de la pula nak pusing2 bandar,  takut terserempak dgn parents kitaorg,  tau2 lah bandar kitaorang kan kecik jerrrr... Manatau terjumpa makcik joyah jiran depan rumah itew,  habis dia bgtau mak.. Kalau setakat bgtau tak pe la juga,  kalau dia bubuh perasa secukup rasa ajinamoto,  errrmmm sedap jer mulut dia mereka cerita lebih2, mmg teruk nnt aku kena kerjakan oleh mak kan... 

So,  kalau korang ponteng sekolah,  apa korg buat??? Kitaorg,  ntah kenapa mcm jd satu kemestian,  mesti nak lepak kat state library,  kalau fikir balik,  bukan ada apa yg best pon kat state library... Selain buku2nya susah gilerrr nak dpt the latest edition,  ermmm paling pon sbb ada aircond kot,  so kitarang pon boleh lah cari sudut2 baekkk punya,  bolehlah zzzz kan... **tak sopan bangat tidur kat dlm library**

Selain lepak kat library,  kitaorg lepak kat tepi pantai cubuk org dating,  hehehe sambil makan jagung rebus dan minum cola... Kdg2 mkn aiskrim apek yg naik basikal menjaja sekitar tepi pantai... Standard perisa aiskrim time tu,  coklat vanila jagung dan jdg2 ada strawberry... Satu scoop 30sen, dua scoop 50sen...aiseh..

ada satu tmpat lg kami lepak,  kat muzium... Haha,  berangan nak cari harta karun!!! 

Oklah readers,  nextime kalau nak ponteng sikul,  apa kata berponteng penuh hemah...takkan asyik2 masuk kedai game jerrr....oppsss! 


post signature

21 Jun 2012

Wedding Dress Tiba-Tiba Ja Mengecil

Just Ms. Saranghae 0 comments

alamak! mau kawin tapi wedding dress yang dibeli 2 bulan lepas ndak muat sudah!....kotoh, pigi lagi beli awal2.... mesti kau stress ni kan baju kawin kau ndak muat.... nah, kena beli lagi yang baru..... ni antara dua ja ni,
1) samaada kau semakin gemuk.... oppppppppppsssss
2) atau tu wedding dress pandai mengecil

jadi yang lagi logik, yang mana satu ni jawaoan yang betul?

p/s: wedding dress aku? aku belum beli lagi aaaa..... YES, GOLD COLOR! aku suka.


11 Jun 2012

Dorang Kawin Sudah.... Jom Jimat Cermat Time Kawin!

Just Ms. Saranghae 0 comments

ewah ewah, cuti sikul dua minggu that day, bukan main havoc lagi korang-korang semua berKAHWINan aaaa.... cerita pasal kawin ni, dulu-dulu time season kawan-kawan aku kawin, aku ada lah juga buat INTERVIEW rambang dengan dorang tanya soalan-soalan penting (ni standard kahwin orang biasa punya ja la, bukan yang level-level jutawan ka, artis ka, mak bapak tansri puan sri ka.... bukan hokey....cuma yang orang kebanyakkan mcm aku) , antaranya:-

1- berapa lama aaa kamu ambil masa untuk arrange majlis kawin kamu?
standard jawapan: at least one year, ada juga yang plan dah bertahun-tahun!

2- mau tanya, tu duit hantaran kamu guna untuk belanja kawin la?
standard jawapan: oooooo, ndak cukup tu duit hantaran, memang byk lagi $$$$ kena top up...
(aku: oooooooo *melopong sambl berfikir, byk juga mau guna extraaaaa duit!)

3- kenapa duit hantaran ndak cukup? bukan duit tu guna untuk majlis kawin meh?
standard jawapan: kalau buat majlis di hotel, setakat RM10K mmg ndak cukup.... sewa pakaian at least sepasang untuk nikah, sepasang untuk sanding + make-up, wedding photographer, wedding studio shooting, tempah kek, tempah doorgift, tempah kad kawin, buat barangan hantaran at least 7 dulang.... kalau buat dirumah, tempah kanopi + kerusi meja, tempah caterer.... sewa sound system, sewa pelamin, etc etc etc.... WOHA!.... 

lepas dapat feedback merapu-merepek dari kengkawan, aku balik rumah then berfikir2 ..... ermmmmm, susah juga bab2 kawin ni.... kena ada itu lah, kena beli inilah .... beli cincin kawin la, sekarang ni trend pakai WHITE GOLD siap ada berlian.... kalau dulu2 doorgift orang bawa balik bunga telur, sekarang ni tak standard la nak bagi orang bunga telur, mesti ada ja kena komen "bunga telur ja doorgift kamu ni?".... haish! kalau tak nak, jgn ambil tu bunga telur tu!....

sekarang ni, trend orang guna CATERER... bukan main lagi menu yer .... harga pun boleh tahan.... nasi putih + lauk 3 jenis + sayur + buah + minuman panas teh/kopi + minuman sejuk sirap limau dah kena caj RM20 sekepala .... kalau ada 200 tetamu, dah jadi RM4,000 ..... kalau 300 tetamu, dah jadi RM6,000! kalau harga hotel lagi la ... agak2nya dah almost RM10K!

ok lah ..... tu wedding dorang la kan... siap ada yang buat personnal loan lagi gara-gara ndak cukup duit time mau kawin .... fening fening .... kalau aku punya turn pula, mcm mana? .... seriusly, aku CUT COST ja, lantaklah kamurang mau cakap apa... biarlah MAK LEHA hujung rumah tu pot pet cakap aku kedekut, kalau MAK JOYAH selang tujuh baris belakang rumah tu nak kutuk, suka hati la kau mau kutuk apa.... ada aku kesah? bukan duit kamurang kan... bukan kamurang yang tanggung beban lepas aku kawin nnt.... setakat mau puaskan hati semua orang, haish! buang karan ja tu.... asalkan aku kawin secara sah, ikut peraturan agama + ndak membazir, senang hati aku :)) .... *senangkan hati sendiri terlebih dahulu daripada mahu senangkan jiwa orang lain*

Buat appetizer yang sihat mcm ni untuk tetamu :))

jadi, jom jimat cermat time kawin :))
1- sediakan duit mas kahwin, duit untuk bayaran imam dan 2 saksi

2- beli cincin kawin yang ada nilai untuk masa depan

3- jahit baju nikah yang simple; from satin with added lace + sedikit labuci .... nextime baju ni boleh dipakai balik untuk attend dinner nite ka, kenduri ka, majlis aqiqah anak ka.... so ndaklah membazir kan baju ni lepak di almari memanjang, at least boleh juga kena guna untuk majlis lain yang bersesuaian

4- pelamin bagi aku tu ndak penting pun... aku ndak mau duduk di pelamin memanjang, then semua orang tengok aku kena sanding....mcm tontonan umum la pula.... aku prefer berjalan ke setiap meja dan greet all my visitors dan cakap thanks kerana attend the wedding... friendly-style gitu ... *jimat duit ndak perlu tempah pelamin*.... jimat RM1,000!

5- baju untuk majlis resepsi, aku prefer beli kain and minta jahit... kain lace untuk baju resepsi plus the veil, boleh beli dalam harga RM250, bayar tukang jahit RM80 = baru kena caj RM330 .... baju ni boleh simpan kan... ye lah, baju resepsi yang banyak lip lap berlace labuci penuh ni mesti sukar untuk dipakai selalu kan... so nnt aku jual di ebay ja la ... ngee :p....

6- gunakan juru make-up keluarga sendiri.... lucky few of my kazen memang KABABOM dalam bab2 make-up...

7- aku ndak mau guna khidmat Caterer .... aku beli bahan2 untuk dimasak, lepas tu bayar gaji tukang masak  dan at least dua orang pembantu, plus pekerja extra tukang cuci piring + tukang jaga makanan .... oh yes! kalau kawin nnt, aku mau sediakan menu apa yang patut tukang masak harus masak ..... bajet bayar tukang masak + pembantu ni dalam RM900 .... *korang boleh gelak guling*

Handmade cookies letak dalam box yang cantik

8- doorgift : aku buat sendiri .... ndak payah tempah2 dari mana2 wedding planner.... mom aku cakap, kalau bagi doorgift, make sure bagi barang yang orang akan pakai / guna .... kalau bagi potpourri, membazir ja... kalau bagi saputangan, tapi very the low quality, orang buang ja pasal sekali ja guna lepas tu sudah hancus kan.... kamurang faham2 la bah tu kan, saputangan kalau beli di kedai borong yang harga 30sen sehelai.... my doorgift senang ja, aku bagi my-handmade cookies, wrapped nicely in a cute transparent box.... satu box ada about 6 to 8 pieces of cookies .... *kalau sedap, nextime boleh tempah dengan aku.... ni one of the way to promote my handmade cookies .... kikiki*

9- barang2 hantaran ndak perlu.... ces, barang hantaran sekarang bukan main lain high value.... lagi mahal dari cincin kawin kan!... kalau setakat buat barang hantaran mau kasi tunjuk2 ja, ndak payah la.... nnt lepas kawin pun boleh beli.... Ipad la, Iphone la, minyak wangi la, kasut la, handbag berjenama LV la.... *aku tertanya-tanya apa relevan mau bagi barang2 hantaran ni....napa time mau kawin mesti ada barang hantaran mcm ni?*

10- kek kawin .....cakap pasal kek kawin, ni bukan budaya aku, so ndakpayah lah membazir mau beli kek kawin 6 tingkat, ada acara potong kek, lepas tu bagi tetamu terliur-liur tengok kek sedap tu! .... daripada aku bazir RM400-RM600 beli kek bertingkat2 siap minta fondant lagi (lepas tu semua tetamu aku kena kencing manis .... fondant manis sungguh....) better aku buat kek sendiri, and bagi semua tetamu aku makan my handmade chocolate kek .... kalau beli barang RM400 untuk buat kek, berloyang-loyang kek coklat aku boleh buat .... kalau ndak mau kek coklat, cheese kek pun sedap... :)) .... tapi no sponge cake hokey!

"KEDEKUTNYA"
suka hati la mau cakap apa, asalkan aku kawin nnt aku ndak hutang sana sini just mau buat event besar2.... biarlah ala kadar, semoga berkat.... yang penting, ikut kemampuan dan teda pembaziran.... aku ndakkan mampu mau kasi puas hati semua orang, tapi orang2 yang attend tu kalau mau kutuk aku, tunggu anak kamurang kawin nnt, so bolehlah buat event yang mcm kamurang angan2kan... aku ndakkan pleased anyone just to suit to you all punya preference....

kerusi mcm ni simple pun boleh nampak cute

so apa yang aku jimat?
1- buat dulang hantaran estimated harga brg RM2,000 *ndak perlu*
2- caterer estimated harga caterer untuk 200 orang RM5,000 *beli bahan mentah dan masak sendiri + upah tukang masak segala bajet RM4,000* jimat RM1,000
3- kek kawin RM400 *ni buat kek sendiri then bagi makan tetamu as pencuci mulut bajet RM250* jimat RM150
4- door gift untuk 150  orang (minimum doorgift satu about RM5.00) RM1,000 *ni buat handmade cookies bajet dalam RM450* jimat RM550
5- baju nikah jahit sendiri estimate bajet RM100
6- baju resepsi jahit sendiri estimate RM330
7- make-up sendiri *kazen-kazen aku mmg KELASSSS kalau bab-bab make-up, cakap ja mau funky, traditional, very natural, etc etc* so this one FOC, make-up sendiri punya hokey :))
8- sewa kanopi dan  meja setakat satu hari satu malam jer RM400
9- no pelamin.... ikut style western kan :)) .... jimat RM1,000 .....*boleh guna after kawin pi beli tiket honeymoon, tunggu time tambang murah!*
10- kad kawin lagi satu hal ...ndak mau design mahal2, meh sini aku design yang simple ja, cetak sendiri.... setakat beli ink printer + paper cantik untuk printing .... untuk 200 cetakan, less than RM100!
11- fotografer ???? byk papparazi percuma .... suruh ja dorang shoot, mesti dorang suka .... gambar studio? erm.... ni belakang la lepas kawin .... kalau ada extra duit, nnt boleh lah pi studio bergambar .... bukan penting pun ni, setakat TREND ja pun .... kau ada, so what! do i care?

jadi anyone, siapa cakap kalau ndak da belas2 ribu ndak boleh kawin? ni based untuk 200 tetamu .... kalau mau lagi jimat, kasi kurang ja tu numbers of guests ...!
tetamu list: a) jiran - 40 numbers, b) ahli masjid - 20 numbers, c) family my side - 100 orang, d) family his side - 30 orang, kawan-super-duper-rapat! - 10 orang ..... total semua cukup-cukup 200 orang ....

bah, lepas ni kalau rasa-rasa kamurang mau kawin, plan dan bajet ikut berapa banyak $$$$$ yang kamu ada, bukan ikut cakap2 orang sekeliling mesti ada itu ini....

31 May 2012

Nilai Sebuah Perpisahan

Just Ms. Saranghae 0 comments

dua orang kawan yang bertengkar, pasal sakit hati punya pasal, 8 tahun persahabatan lenyap mcm tu ja...aiks, kalau 8 tahun boleh jadi kawan baik, why not make it 8 years bertengkar, lepas tu another 8 years berpisah...total is 24 years kan...

8 years of friendship
8 years of arguing
8 years of break up

total damaged = 24 years

tu kalau kamu berkawan la kan...kalau bercinta pula?...8 tahun kenal dan bercinta, 8 tahun kahwin, 8 tahun bergaduh, 8 tahun bercerai sebelum berfikir untuk rujuk semula....total is 32 years

8 years of courtship
8 years of marriage
8 years of arguing
8 years of divorced

total damaged= 32 years

it is just so unfair 8 tahun bercinta, but just in one seconds you ruin everything and in split seconds kamu berpisah!

29 May 2012

Simpan Duit Style Jutawan Si Warren Buffet

Just Ms. Saranghae 0 comments

hujung-hujung bulan mcm ni, ramai ni kan yang jadi ORANG KAYA SEMENTARA, termasuk lah aku :)).... kan nnt kamu dapat PAYCHECK , ewah ewah...ada yang 3, 4, 5 angka kan...tapi lepas bayar itu ini...ermmmm.....tu kedudukan digit semakin merosot la kan....

tapi tapi tapi, merosot kerana kebaikan tu ndak apa, contohnya bayar loan rumah la, bil elektrik la, loan kereta la, bagi duit untuk parents la, kasi elaun untuk belanja adik yang masi sikul la, etc etc....

kalau merosot pasal membazir, nahhh...ni rugi ni....nnt ndak habis bulan, teda suda duit poket!....jadi, pandailah2 kamurang berjimat cermat, belanja secara berhemah ok...jgn pasal ada factory outlet buat sale, satu hari ja semua duit habis kan....

cakap pasal bab-bab duit ni kan, *juling-juling mata kalau nampak duit bertimbun*, si jutawan WARREN BUFFET ada bagi tips, nasihat, peringatan dan seangkatan dengannya pasal bab2 mau jaga duit dengan baik....mari kita check si WARREN BUFFET punya tips ni, boleh pakai ka ndak....

WARREN BUFFET quotes when come about money and trust

#1 - On earning : never depends on single income. make investment to create a second source
#2 - On spending: if you buy things yo do not need, soon you will have to sell things you need
#3 - On savings : do not save what is left after spending, but spend what is left after saving
#4 - On Taking risk : never test the dept of the river with both the feet
#5 - On investment : do not put all your eggs in one basket
#6 - On expectations : honestly is very expensive gift. do not expect it from cheap people

jadi, mcm mana? boleh ikut tips si WARREN BUFFET ni ka? aku try my best juga ni ikut cara dia, kot kot esok lusa boleh jadi jutawan kan kan kan....mana kau tau, tuah manusia nampak di mana :))....

yang #3 tu la, mesti mau kuat disiplin ni lepas ni....SAVINGS dulu baru SPENDING...ni ndak, selalu terbalik ja, mau SPENDING dulu baru terfikir pasal SAVINGS....ndak terlambat lagi ni mau improve the lifestyle of spending money bah kan...selalu ja bagi alasan, next year la, next year la...ndak payah ni tunggu next year, kalau betul-betul mau, sekarang juga kasi change the habit of using money...

ok la semua....masing-masing punya duit bah juga kan, masing-masing punya la bah punya cara mau jaga duit sendiri....aku ni setakat kongsi-kongsi idea ja, aku pun BUDAK BARU BELAJAR juga bah...babbai...

Mode *SUPER MALAS* || Bukan *SUPER MODEL* !!

Just Ms. Saranghae 0 comments

MODE *SUPER MALAS* melanda diri aku....yes, aku tau aku still ada kerja yang kena buat, tapi pasal bisuk sama lusa cuti kaamatan, jd aku rasa malas semacam ja ni hari, plus aku ada lunch date lagi nnt, jd otak aku ni tengah layan mode *JOM MAKAN*....nnt mau lunch apa aaa? makan nasi sama sayur ja la, lagi best! malas ni mau makan pastpud....balik2 mcD atau KFC...erm...

pasal lunch date punya pasal, balik2 ni aku buka almari baju, tingu-tingu mana satu yang aku mau pakai kunun, SUPER MODEL pun ndak pilih-pilih baju lama-lama, dorang kalau pakai baju, main masuk ja tu...aku ni mcm mengalahkan tu SUPER MODEL pula! tapi kan, mesti ni last-last aku pakai jeans dengan long-blouse mcm biasa plus tu cardigan time mau keluar nnt...lepas tu si mom la ni, mesti tanya 'kenapa bah pakai baju tapi mau berlapis luar lagi?'...aku senang ja bagi jawapan, 'style bah ni, mak'...:))

bah, sudah gaji ka kamurang? aku? erm...belum lagi ni, lusa la ni mengkali....gaji bulan ni suda plan ni mau beli barang dengan si mom...nnt la aku posted barang apa yang aku beli sama si mom....yang pasti barang ni banyak guna dan buli ni kena pakai lama kalau pandai jaga, tp warranty selalu pun 5 tahun ja bah kena bagi...erm, barang apa la tu ah?...tapi kan, satu kali payment ja ni, terus ni bajet tight this month...terpaksa la ni ikat perut kan...at least boleh juga kasi kurang-kurang tu lemak...ahaks!

satu lagi, bulan ni aaaa, ramai ni yang tambah anak...dalam list aku ja, ada 3 orang ndak lama lagi mau beranak...yang kawan satu orang sana telupid tu pun ada anak suda bah, tapi belum lagi sempat beli baby gift dia, nnt la aaa....tunggu aku keluar untuk shopping-weekend-date nnt, baru aku pi beli ok...mau kasi apa aaa...baby girl bah juga tu, kasi beli baby dress and doll ja ni, ok bah tu kan...ndak pun senang2 bagi green-pow ja la...

great TUESDAY, i made nothing today ....tapi yang pasti, aku happy ja ni...siap buli buat entry lagi...:)) hehehe....

7 Lovely Logics || Kenapa Bah Mesti Mau Guna '7'??

Just Ms. Saranghae 0 comments

cepatnya masa berlalu, hari 29 Mei sudah, ndak lama lagi kita masuk bulan Jun. . .ye ye, 30 dan 31 Mei cuti umum, bestnya!!!! cuti apa? ndak kan kamurang ndak tahu ni. . .kan tiap tahun Sabah sambut kaamatan. . .apa tu? eleh, bilang satu malaysia, kaamatan pun kau ndak tau ka? . . .tu ha, pesta menuai la. . .

bangun pagi2 ni, semangat betul mau sarapan, tapi sebelum sarapan, check email dulu. . .tau2 la kan, kemarin si bos aku tu suruh aku buat report, awal lagi aku hantar tu report bah, dalam jam 3ptg, tapi lewat malam juga baru dia terhegeh2 mau tingu. . .sudah la tu, tengah2 malam buta juga dia email bagi komen . . .
adus bos, knapa lah kau ndak check bah awal2 email kau ni, tingu tu report aku? kalau ada ndak kena ka, mau add on benda lain ka, mau research more and more ka, kan bagus kau bgtau aku awal sikit! ini ndak, time lewat2 malam juga kau kome, aku sudah buat taik mata lor. . .jd this morning jam 6am aku bangun tinguk ni email kau. . .potong stim betul lah bos aku ni, mau belekpas pun terpaksa tangguh. . .buat research dulu ni di pagi-pagi buta. . .
nnt jam 8, sah sah ni si bos koling-koling tanya aku macam-macam. . .dia ni ah, itu BIG BOSS sana seberang laut mau ni report today, patutnya awal2 lagi kau boss sudah kasi siap bah. . .kami ni level kuli-kuli ja bah, kami try the best sudah ni kasi siap awal ni report, tapi kau bah boss, lambat betul mau check kerja kami ni. . .haish!!!! lepas sudah check, banyak lagi complain ni. . .dush dush . . .
ndak pa la bos, pasal aku ndak gumbira bangun awal pagi ni time check email dari kau, jadi aku psiko diri sendiri ja lah yang aku patut gembira. . .tu la sebab aku insert '7 lovely logics' . . .
bos, tu reason #6, memang ndam ni untuk aku. . .jangan fikir terlampau banyak untuk cari jawapan. . .jadi bos, aku take it easy ja ni email kau. . .lepas aku buat research sikit, aku mau belekfpas aaa. . .itu apek jual mee datang sudah. . .aku mau beli dulu la. . .
apek! mee goleng itu kicap banyak kurang tapi ayam mau manyak satu bungkus ooo. . .

28 May 2012

Senyum Seindah Suria

Just Ms. Saranghae 0 comments

hello hello . . .bah selamat berhari Isnin semua. . .aku sibuk ni hari, tapi sibuk macam mana pun, mesti kamu semua jangan lupa mau senyu aaaa . . .senyuman ni pembawa rezeki dan tuah dalam kehidupan kita, ni mom aku yang bagitau aku lah, jd aku selalu senyum walaupun aku STRESS tahap dewa. . . terus tu STRESS hilang ni terbang2 di udara. . .

ndak percaya? cubalah sendiri. . .cuba kamu senyum time time kamu STRESS, ndak pun time time kamu sedih putus cinta atau kena marah oleh cikgu gara gara ndak buat homework (nah, padan muka malas mau buat homework!). . . .kamu senyum la, lepas tu hilang tu rasa STRESS atau kecewa kamu. . .ya la bah, ndak la hilang terus kan, tapi at least kurang kurang juga tu rasa . . .


sama lah juga mcm gambar yang aku kasi include dalam ni entry. . .kamu senyum la. . .gunakan senyuman padu mau kamu tu untuk ubah dunia ni menjadi lebih cantik berwarna warni, mana tau kalau kamu senyum, kot2 ada event manager ka kebetulan di sebelah kamu tu, atau film producer ka, tetiba dorang suka tengok senyuman kamu, nah manatau rezeki kamu kena propose jadi model iklan . . .kan kan kan. . .

walaupun kamu mungkin ndak happy hari ni, tapi jgn pasal sebab kamu ndak happy, terus senyuman kamu hilang. . .nah tu la tu maksud ayat 'don't let the world change your smile' . . .

ok lah, aku super duper busy ni hari, tapi sempat juga curi-curi waktu mau buat entri. . .nnt aku ndak update my blog, sunyi sepi pula my blog ni, langsung ndak ada traffik nnt. . .jadi kamu-kamu yang read my blog, thanks ah for coming here. . .mana tau cerita entry aku ni bagi kamu inspirasi untuk hari ni. . . .kan bagus kongsi cerita-cerita yang menggembirakan penuh inspirasi. . .

ok, kena menghilangkan diri dulu untuk seketika ya. . .si boss aku yang malas hari ini, suruh aku sambung kerja dia dulu. . .jadi sekali sekala terasa juga ni jadi bos (dalam bahsa sebenar, jadi kuli bah). . .

annyong.

27 May 2012

Pantang Orang Tua-Tua || Dilarang Kira Jerawat Muka !

Just Ms. Saranghae 0 comments

siapa tu suka giler kira2 jerawat di muka. .  .???? aku la tu! hehehehe. . .ya bah, asal ada ja jerawat di muka, biar satu biji kecil yang kalau di teropong jarak dekat sekalipun, hatta tu jerawat sukar kelihatan, tapi aku mcm orang sadis ndak sedar diri mau exaggerate 'Aku berjerawat! oh tidak!' . . .

nah. . .nampak ni quote aku kasi include dalam ni entry. . .baca sendiri. .  .lepas ni jgn lagi kau kau semua kira tu jerawat di muka, pompuan la selalu ni kan. . .dari kau kira2 tu jerawat di muka, bagus kau kira tu blessing setiap saat kau dapat. . .

mana ada aku dapat blessing? . . .siapa ni buat statement mcm ni? bah, mari kita kira dulu blessing yang kita dapat tiap hari. . .lepas ni jgn kau gatal2 cakap kau ndak dpt blessing aaaa. . . .jom jadi budak yang tahu BERSYUKUR . . .

#1 - hari-hari bangun tidur dalam keadaan selamat
#2 - hirup udara percuma
#3 - mak bapa kasi duit pigi sekolah kan kan kan. . .aku? kerja sendiri untuk cari duit . . .itu namanya rezeki. . .alhamdullillah. . .
#4 - minum air bersih
#5 - dapat makan nasi harga murah . . .pasal tu beras dapat subsidi govt lagi kan kan kan. . .

#6 - pembayar cukai bayar cukai,, jd dapatlah aku guna kemudahan asas secara percuma . . tima kaci pembayar cukai ok. . .aku pun bayar cukai bah. . .

nah, kamu kasi list la sendiri your own blessings. . .byk ni mau write down. . .

p/s: aku tingu cermin, ada jerawat dekat dagu aku. . .start sudah ni mau susah hati pasal jerawat timbul. . .automatik juga ni tangan start pigang pigang ni jerawat, mau start kurik kurik la ni. . .kalau si mom nampak, habis aku ! dapat 'lecture' percuma nnt . . .

Dengan Segelas ABC Masin, Tipah Tertipu Besar!

Just Ms. Saranghae 0 comments

hari ahad yang busy...ndak la, saja jer aku pura-pura busy. . .



laugh at the randomest things . . . apa mau digelakkan hari ni eh. . hari ni tiada apa yang funny happened in my life. . . .tapi teringat satu kes dulu time time aku muda. . .eh, sekarang pun still muda lagi hokey, ahaks. . . 

time tu cuaca sangat panas. . .aku ni baru balik dari sekolah. . .hampir2 dekat sampai rumah, sepupu aku ni yang memang tinggal sebumbung dengan aku, terkejar2. . .dia teriak2 panggil nama aku. . .kakak! kakak!. . .ya la,aku tau la aku tua dia lapan bulan, jadi memang patut dia panggil aku kakak. . .

dia tanya aku, kakak mau minum ABC. . .ces, kau Len, jauh2 lagi kau panggil2 aku, ingatkan ada hal penting jadi di rumah, rupa2nya kau tanya aku mau makan ABC ka nda. . .erm. . .hari tu kan, cuaca memang sangat panas, mcm la juga cuaca hari ni kan, panas bangat bah! 

jadi aku pon apa lagi, mcm orang yang ngantuk disurungkan bantal, mestilah best kalau dapat makan ABC time panas2 terik ni. . .peluh di baju sekolah aku time tu belum kering. . .huh!. . .jadi si Len ni balik rumah berlari kasi tinggal aku di belakang. . .sempat lagi dia cakap. . .Kakak, aku balik dulu mau kasi buat kakak ABC ok. . .

sampai ja aku di rumah, si Len ni siap dengan segelas ABC. . nampak mcm sedap ja. . .aku ni pon satu kes, terus ja gulp gulp tu ABC. . .rasa sejuk ja masuk tekak. . .tapi sesaat lepas tu, yaks! aku keluarkan semua yang aku minum. . .si Len gelak2 tinguk aku dari jauh. . .mau kejar, aku masih penat ni berjalan balik dari sikul. . .tunggu kau Len. . 

mau tau apa jadi dengan ABC yang aku minum tu? gila punya sepupu aku ni. . .dia bancuh ABC tu dengan garam, masin mau mampus. . .aku ni pun satu, senang ja kena tipu oleh kebaikan sepupu aku ni. . .aku lupa yang dia ni selalu ada motif sewel . . .aiyo!

mau tau apa jadi dengan sepupu aku lepas tu? bila malam datang menjelma. . .dia mau lari pigi mana kan kan kan. . .kan kami tidur sebilik. . .yes! masa untuk balas dendam. . .aku belajar malam tu, buat homework yang gila2 banyak. . .sibuk2 aku belajar, dia masuk bilik dan senyum2 tingu aku. . .siap boleh tanya, Kak. . .sedap kan ABC aku buat? . . .ya aku tertipu oleh kau. . .tunggu kau kejap lagi aku balas dendam (ni cakap sendiri dalam hati ni). . .tapi belum lagi aku cakap, si Len ni sambung . . .kak, ndak boleh kau marah aku aaa. . .kau tau kan hari ni hari apa?. . .ya! aku tau, tapi aku terlupa, jd aku tertipu ah . . .tipah tertipu pula ni. . .

sebenarnya, hari tu APRIL FOOL bah. . .jadi aku terkena FOOL time tu. . .tapi malam time mau tidur, aku kerjakan dia. . .habis satu badan aku geletik dia, baru padan muka dia. . .siap aku kunci pintu, jd time si mum dengar dia jerit2, mum ndak kan dapat masuk bilik selamatkan si Len. . .nah! kotoh kau, padan muka. . .next year kasi kena lagi aku APRIL FOOL ABC MASIN kau tu. . .!!!

the next day, kami gelak sama-sama macam orang gila teringat apa yang jadi time APRIL FOOL kemarin. . .thumbs up! si Len memang best friend aku time tu, dia bukan ja sepupu aku, tapi lebih dari tu, dia kawan aku yang paling best!!!!kami boleh buat apa saja sama-sama, dan rahsia kami yang banyak tu, memang ndak pernah kedapatan. . .lagi best, si Len ni tahan tukul, aku marah byk mana pun, dia senyum ja, lepas aku marah, mesti dia tanya. . .kak, kau mau minum cola ka? mari kita beli cola. . .ces! tau betul kau mcm mana mau hilangkan marah aku. . .aku ni pun satu, cepat betul lembut hati when come to cola. . .aku kan penagih cola tegar ketika itu. . .!!!!

bah, mari kita minum cola :))))

Si Girlfriend Tolong Cuci Baju Aku . . .Terima Kasih. . .

Just Ms. Saranghae 0 comments

yeah! hari ahad. . .hari untuk bergumbira menlaundrykan diri. . .hahahaha. . . .mari kita ramai-ramai membasuh baju, basuh jgn tak basuh. . .nnt lusa ndak da pula baju kerja. . .



teringat waktu di kampus dulu dulu. . .ni dulu dulu punya cerita dalam 12 tahun lepas la gitu. . .ya hampun kawan aku seorang ni kan, malas malas dia mau buat laundry, kadang kadang dia rendam baju dia dalam baldi, letak air letak sabun. . .bagus la tu, rendam dulu tu baju baju kasi hilang daki degil. . .tapi dia memang main rendam ja la, sehari dua hari. . .lepas tu tiga hari empat hari. . .sampai lah seminggu dan kalau malas sampai sepuluh hari. . . 

bagus punya girlfriend aku, suka main rendam rendam. . .lepas tu bukan tu baju boleh bersih pun, sudah jadi jeruk, jadi mcm mana lah. . ? aku ni short minded kadang kadang, kalau datang angin kus-kus satu badan, senang ja. . .mau tau apa aku buat dengan baju yang berendam berhari2. . .dari la ada wangi sabun, sampailah ada wangi ikan masin. . .last2 aku main buang ja tu baju. . .padan muka kau girlfriend, malas betul mau cuci kain kan. . .pass bagi aku, aku buang ja masuk tong sampah. . .hahahaha. . .

tapi yang bestnya, si girlfriend buat bodoh ja mcm tiada apa yang berlaku. . .pasal dia kan girlfriend aku, kalau dia marah membebel pun aku buat bodoh ja mcm tiada apa yang berlaku kan. . .dia pun sama juga, kalau aku membebel marah marah, dia relax ja buat 'dono' . . .hahahaha, life is so beautiful kan, isn't it?


















untung dapat girlfriend yang best mcm dia ni. . .girlfriend, let's be friends until death do us part ok. . .let's make our friendship all the way to heaven as well ok. . .tanpa rasa segan, aku selalu cakap dengan girlfriend aku, aku cintakan dia, dan aku rindukan dia. . .girl to girl, but with her, i never feel shy to express my true feeling. . .dia kawan aku hingga ke syurga. . .

p/s: girlfriend, terima kasih kerana pernah basuh baju aku dulu. . .sebenarnya mesin tu yang basuhkan, kau cuma tolong sidai la. . .xoxo. . .



26 May 2012

Kerana Nama Dia Kate Middleton, Jadi Si Prince William Jatuh Hati La? . . .

Just Ms. Saranghae 0 comments


hello hello . . .lewat-lewat malam macam ni, aku sibuk ja mau buat entry . . . patutnya aku tidur tadi lagi, mcm selalu asal jam 10 malam ja, memang aku sudah pengsan di tilam, tidur mimpi si anak raja . . .ewah ewah, anak raja mana la aku mau mimpi ni, dulu-dulu berkenan dengan si Prince William, tapi si Kate tu my 8 years rival pula yang berjaya mencuri hati anak raja idaman kalbu . . .huh!

pesanan untuk Kate Middleton, jaga lah si Prince William tu elok-elok . . .aku pun memang sudah tak hingin dengan dia tu . . .lagipun, dia kan sibuk ja mau pandu helikopter ke sana ke sini, bukan boleh lepak di istana pun macam orang kebanyakkan. . .ndak rugi juga tu aku ndak kawin sama dia!



william, bah . . .alang2 sudah 8 tahun kau gila2kan si Kate, jangan pula lepas kawin kau ikut mcm bapa kau tu si Charles kasi two timing si Lady Diana . . .

aku tau la kau tu sekarang gila bawa heli, ya lah . . .kan si putera william ni jadi pilot untuk 'search-and-rescue' mestilah asyik2 terbang ja di awan biru. . .william, kalau aku hilang, kau akan cari ka? haish! mesti ndak kan, tapi i bet kalau si Kate tu hilang . . .errrrmmmmm, ndak dapat dibayangkan. . .


aku suka gambar kamu berpotret mcm ni, looks so stunning! ndak pa kau Kate, sampai hati kau curi putera kegilaan ramai ni, nnt once aku sudah jumpa 'my prince', putih mata kau tu!

p/s: mau cari lelaki rambut tebal . . .putera william ni, muda lagi, tapi sudah byk rambut gugur, kepala pun mau botak. . .mana tu pakar rambut Yun Nam . . .ndak mau bagi free treatment ka sama putera william ni? ya lah bah william, aku tau la kau mana mau kalau setakat Yun Nam, kau kan ada Vidal Sassoon . . haish. . . . . . 




AddThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

A (12) Air Asia (1) Aku (2) B (11) C (4) D (7) Duit (2) E (7) Erich Fromm (1) F (7) G (4) Giveaway (1) H (8) Happy hour (1) Horrible (1) Islam (3) J (12) Jang Keun Suk (2) Jenaka (1) Jimat (1) K (2) Kawin (3) Kembung Perut (1) Kepercayaan (1) Kerja Bodoh (2) Korea (1) L (8) Lee Seung Gi (1) Love (1) M (4) mr.Handsome (1) Mulut Celupar (1) O (1) P (3) Parenting (5) Pregnant (2) Proverbs (2) Q (1) R (5) Ragam Manusia (1) S (7) Suka Hati Aku La (16) T (5) Tempat Menarik (1) Tips (2) Travel (1) Tutorial (2) U (2) V (6) W (8) Wanita (1) Wordless Wednesday (1) Y (1) z (1)
 

Lazy Dizzy Me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting